Kerja lain James H. Fallon

Selain penyelidikan neurosainsnya, James Fallon juga telah memberi syarahan dan menulis mengenai pelbagai topik termasuk seni dan otak, seni bina dan otak, undang-undang dan otak, kesedaran, kreativiti, otak seorang pembunuh psikopat, dan Perang Vietnam. Beliau juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk Virga Tears: The True Story of a Soldier's Sojourn Back to Vietnam, yang diterbitkan oleh Dickens Press pada tahun 2001. [6]

Fallon juga telah muncul dalam pelbagai rancangan dokumentari, radio, dan rancangan TV. Dari tahun 2007 sehingga 2009, beliau muncul dalam siri rancangan terbitan History Channel mengenai sains dan teknologi ( Star Wars Tech, Spider-Man Tech ) dan juga pelbagai rancangan lain yang diterbitkan oleh stesen televisyen yang lain seperti CNN, PBS, BBC dan ABC untuk kerjanya mengenai penyelidikan sel stem, faktor pertumbuhan, psikopatologi, kejuruteraan tisu, prostesis pintar, skizofrenia, dan tingkah laku dan penyakit manusia dan haiwan .[petikan diperlukan]

Pada 18 November tahun 2009, Fallon telah muncul sebagai dirinya sendiri dalam siri drama jenayah terbitan CBS yang bertajuk Criminal Minds, yang meneroka teorinya tentang keganasan trans-generasi di lokasi dunia yang sedang mengalami perang keganasan, peperangan dan keganasan yang berterusan.[petikan diperlukan]

Kedua-dua Fallon dan keluarganya telah melalui pengimejan otak berfungsi dan analisis genetik untuk mengenal pasti kehadiran potensi otak yang berkaitan dengan keganasan dan corak genetik. [7]

Fallon telah diwawancara di dalam rancangan BBC yang bertajuk Are You Good or Evil?, di mana beliau mendedahkan penemuan penyelidikannya yang bahawa dia sendiri mempunyai kaitan neurologi dan genetik untuk sifat psikopati. Fallon menyatakan bahawa walaupun dia telah menunjukkan tingkah laku yang tidak berperasaan dalam hidupnya, terutamanya semasa zaman mudanya, dia percaya bahawa pengalaman positifnya pada zaman kanak-kanaknya telah menafikan sebarang potensi kelemahan genetik terhadap keganasan dan isu emosi. [1]

Fallon menyokong fahaman politik yang bersifat libertariandan dari segi anutan agamanya, beliau merupakan seorang yang agnostik . [8]

Rujukan

WikiPedia: James H. Fallon http://www.imdb.com/name/nm2606482/ http://www.schizophrenia.com/sznews/archives/00224... http://www.smcvt.edu/Pages/Alumni/Alumni-Associati... http://www.faculty.uci.edu/profile.cfm?faculty_id=... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://id.worldcat.org/fast/464036/ http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... https://www.amazon.com/dp/customer-reviews/1880741... https://www.ted.com/speakers/%7B%7B%7B1%7D%7D%7D https://www.vice.com/read/dr-james-fallon-makes-be...